
Awas! Penyamaran Menggunakan Logo dan Nama Rasmi Agensi!

Nampak seperti rasmi, tetapi sebenarnya taktik penipuan yang semakin berleluasa.
Penipuan ini melibatkan penyamaran menggunakan nama dan logo agensi, termasuk LHDN, oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Amalkan Konsep 3S: Soal. Sekat. Sebar.

Soal kesahihan maklumat yang disampaikan melalui laman web rasmi agensi;

Sekat diri dari berkongsi maklumat peribadi dan perbankan anda;

Sebar dan kongsikan modus operandi bersama penguat kuasa dan rakan-rakan.

Sekiranya Anda Menjadi Mangsa:

Hubungi hotline bank anda untuk menghentikan transaksi mencurigakan.

Laporkan kepada Pusat Respons Penipuan Kebangsaan (NSRC) di talian 997.

Buat laporan polis untuk tindakan lanjut.