mcmc
Maklumat Am

STATUS TERKINI COVID-19 DI MALAYSIA 4 MEI 2020

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa terdapat 71 kes yang telah pulih dan dibenarkan discaj pada hari ini. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan telah discaj daripada wad adalah sebanyak 4,484 kes (­­­­­70.6 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

Sehingga 4 Mei 2020 pukul 12:00 tengah hari, terdapat 55 kes baharu yang telah dilaporkan. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 6,353 kes. Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 1,764 kes. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

Ingin dimaklumkan bahawa daripada 55 kes baharu yang dilaporkan hari ini, 7 kes adalah kes import. Ini bermakna, kes penularan tempatan adalah sebanyak 48 kes, di mana sebanyak 24 kes telah dikesan dari kluster dan lokaliti di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

Sehingga kini, seramai 28 kes positif COVID-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU). Daripada jumlah tersebut, 13 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Daripada maklumat terkini yang dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan, dimaklumkan bahawa tiada kes kematian berkaitan COVID-19 setakat ini. Justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia kekal sebanyak 105 kes (­­­1.65 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

#StayAtHome
#BreaktheChain
#KitaMestiMenang