mcmc
Maklumat Am

STATISTIK JENAYAH SIBER 2025

Statistik Jenayah Dalam Talian bagi tempoh Januari hingga November 2025 menunjukkan kadar jenayah siber yang semakin membimbangkan, dengan puluhan ribu kes dilaporkan serta kerugian melebihi RM2.7 bilion!
📊 Infografik ini disediakan untuk memaparkan kategori utama jenayah siber dan trend kerugian yang direkodkan sepanjang tempoh tersebut.
Apa yang perlu dilakukan bagi mengelak diri anda dari menjadi mangsa? Amalkan Konsep 3S:
1️⃣ Soal kesahihan maklumat yang disampaikan sebelum bertindak.
2️⃣ Sekat diri daripada berkongsi maklumat peribadi dan perbankan anda.
3️⃣ Sebar dan kongsikan modus operandi bersama pihak berkuasa dan rakan-rakan
🚨 Sekiranya Anda Menjadi Mangsa:
📞 Hubungi hotline bank anda untuk menghentikan transaksi mencurigakan.
📍 Laporkan kepada Pusat Respons Penipuan Kebangsaan (NSRC) di talian 997.
👮‍♂️ Buat laporan polis untuk tindakan lanjut.
📢 Lindungi Kewangan Anda, Jangan Jadi Mangsa Penipuan!
Sumber: JSJK PDRM