| Nama | : Maznah binti Azman |
| Umur | : 36 Tahun |
| Lokasi | : Pusat Internet Felda Pasoh 4,Jelebu, Negeri Sembilan. |
| Ahli | : 09/07/2014 |
Latar belakang
Puan Maznah merupakan antara usahawan yang baru meningkat di Felda Pasoh 4 dan seorang ahli Pusat Internet. Dalam kesibukan kerja-kerja harian dalam perniagaan sarapan pagi , beliau turut mengambil kesempatan dalam menceburi dalam bidang yang kurang diceburi oleh usahawan sekitar daerah Jelebu iaitu perkhidmatan jahitan kasut dan beg.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Perusahaan ini bermula disebabkan kawasan perkampungan Felda Pasoh 4 semakin menjadi tumpuan orang ramai dari bandar dan daripada negeri lain untuk mengikuti aktiviti lasak yang terdapat Gua Pasoh. Sebelum ini, perusahaan ini kurang mendapat perhatian daripada pelancong dalam dan luar negara di sebabkan oleh teknik pengiklanan perkhidmatan ini tidak menyeluruh dan hanya disebarkan melalui teknik offline.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan
Atas inisiatif sendiri dan keperluan ICT dalam perniagaan beliau, Puan Maznah telah hadir ke Pusat Internet untuk mendapatkan khidmat nasihat dan mengikuti kelas-kelas ICT yang dianjurkan oleh pusat internet. Beliau telah dididik tentang kaedah pengiklanan dan promosi di atas talian seperti media sosial Facebook dan Whatsapp.. Disamping itu, beliau turut dilatih dalam aplikasi-aplikasi di telefon bimbit android yang boleh digunakan bagi tujuan bagi memudahkan urusan bersama pelanggan. Perniagaan ini kian mendapat tempat dihati pelancong dalam dan luar negara seterusnya dapat meningkatkan pendapatan dari masa ke semasa.