mcmc
Kisah Kejayaan

Q4 Keusahawanan 2018 : Shaidatul Marlina Binti Abdul Ghafur

Pengusaha pakaian, barang komestik dan barang kelengkapan rumah
Nama Shaidatul Marlina Binti Abdul Ghafur
Umur : 39 Tahun
Lokasi : Pusat Internet Felda Pasoh 4,Jelebu, Negeri Sembilan.
Ahli : 2017
 
 
Bentuk perniagaan :
Pengusaha pakaian, barang komestik dan barang kelengkapan rumah
 
 
Latar belakang :

Ibu kepada 3 orang anak ini merupakan seorang surirumah sepenuh masa dan suami berkerja sebagai tukang rumah. Belakangan ini, permintaan untuk membina dan membaiki rumah semakin kurang. Puan Marlina mengambil alternatif mermulakan perniagaan secara ‘offline’. Setelah mendapat pendedahan jualan secara ‘online’ amat tinggi beliau mengambil pilihan untuk pertingkatkan ilmu online dan mengaplikasikan jualan secara online bagi mempertingkatkan jualan.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI :

Sebelum menceburkan diri di dalam promosi atas talian, beliau hanyalah mempromosikan di kawasan sekitar komuniti di Felda Pasoh 4 dan tidak tahu kelebihan internet dalam bentuk perniagaan atas talian di media sosial.

 
 
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI :

Menyedari hal ini, beliau sering hadir ke pusat internet dan ke kelas keusahawanan yang dijalankan setiap bulan. Beliau dididik tentang tatacara mempromosikan produk dan perniagaan atas talian Beliau juga telah dididik mengenai teknik link whatsapp dan clipper bagi memudahkan berurusan dengan pelanggan. Hasilnya, pendapatan bulanan beliau meningkat dari masa ke semasa dan dapat membantu suami beliau untuk menampung kos sara hidup yang tinggi pada masa sekarang. Anggaran purata pendapatan jualan ‘agent dropship’ ialah antara RM300.00-RM500.00.