mcmc
Kisah Kejayaan

Q4 Keusahawanan 2018 : Maziah Binti Masran

Nama Maziah Binti Masran
Umur : 38 Tahun
Lokasi : Pusat Internet Felda Pasoh 4,Jelebu, Negeri Sembilan.
Ahli 12/05/2017
 
 
Bentuk perniagaan :
Pengusaha perniagaan Kedai Makanan
 
 
Latar belakang :

     Puan Maziah merupakan seorang ibu tunggal yang mempunyai tanggungan 4 orang anak dan hanya berpendidikan sehingga di sekolah rendah sahaja. Perniagaan ini bermula semenjak 3 tahun yang lepas bersama adik beliau dan hanya dijalankan secara ‘offline’. Setelah melihat potensi mempromosikan atas talian amat memberansangkan beliau turut mengambil peluang ini untuk mempromosikan menu harian yang untuk menarik komuniti untuk berkunjung ke kedai makan beliau dengan hasil bantuan petugas di Pusat Internet. 

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI :

Sebelum menceburkan diri di dalam mempromosikan kedai makan atas talian, beliau hanya berniaga di kedai makan tanpa bantuan media sosial dan memperoleh pendapatan yang tidak menentu. 

 
 
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI :

Menyedari hal ini, beliau sering hadir ke Pusat Internet untuk mendapat khidmat nasihat dari pertugas. Beliau dididik tentang tatacara mempromosikan produk makanan di kedai makan melalui media sosial. Dengan bantuan petugas Pusat Internet, kedai makan beliau menjadi tumpuan orang datang mengunjung dan tempahan bungkus secara online bertambah Anggaran purata pendapatan beliau sebulan ialah antara RM 1000.00- RM 1500.00. Dengan memperoleh pendapatan ini, beliau telah dapat mengajikan pekerja dan menampung pembelanjaan persekolahan anak-anak.