mcmc
Kisah Kejayaan

Q4 Celik It : Zainudin Bin Husin

Setiausaha Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) yang mahir menggunakan komputer terutamanya dalam membuat minit mesyuarat dan surat rasmi menggunakan Microsoft Office.
Nama Zainudin Bin Husin
Umur 49 Tahun
Lokasi : Pusat Internet Felda Pasoh 4,Jelebu, Negeri Sembilan.
Ahli : 2017
 
 
Bentuk perniagaan :
Setiausaha Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) yang mahir menggunakan komputer terutamanya dalam membuat minit mesyuarat dan surat rasmi menggunakan Microsoft Office.
 
Latar belakang :

    Sebelum ini, En. Zainudin selalu berkunjung ke Pusat Internet Felda Pasoh 4 untuk mendapatkan perkhidmatan fotokopi, cetakan dan sebagainya. Setelah dilantik menjadi setiausaha MPKK beliau sering mengunjungi pusat internet untuk khidmat nasihat pertugas dalam keperluan ICT. 

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI :
  Bagi melaksanakan tanggungjawab, keperluan ICT terutamanya dalam pengurusan minit mesyuarat dan surat rasmi amat penting di dalam tugasnya. Menyedari hal ini, En. Zainudin giat datang ke Pusat Internet Felda Pasoh 4 bagi sesi kelas belia setiap hari jumaat petang. 
 
 
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI :
    
Setelah mengikuti kelas ICT yang dijalankan setiap minggu, beliau semakin mahir  dalam menyelesaikan tugasan yang melibatkan ICT seperti membuat minit mesyuarat dan surat rasmi (Microsoft Word).