mcmc
Kisah Kejayaan

Q4 Celik-It 2020 : Kamalia Aslin Binti Amir

Nama : Kamalia Aslin Binti Amir
Umur : 37 Tahun
Lokasi : Pusat Internet Felda Pasoh 4,Jelebu, Negeri Sembilan.
Ahli : 31/03/2017

 

Latar belakang      

Puan Kamalia Aslin Binti Amir atau dipanggil Puan Aslin merupakan Jururawat Masyarakat U19. Beliau berasal dari Chemomoi ,Pahang dan menetap disini setelah berkahwin dengan orang Felda Pasoh 4. Beliau sering mengunjungi Pusat Internet Komuniti untuk mendapatkan perkhidmatan pertayaan, fotokopi dan print. 

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI    

Pada permulaan, Puan Aslin hanya datang untuk mendapatkan perkhidmatan pertayaan, fotokopi dan print. Setelah dipelawa oleh petugas untuk menyertai kelas mingguan asas komputer, beliau berminat untuk menyertai bengkel asas ICT secara fleksibel. Beliau diberikan tunjuk ajar untuk mengendalikan peralatan komputer dan memuat turun gambar daripada internet. Beliau turut mempelajari asas Microsoft Office dan penggunaan laman sosial Whatsapp Web untuk memudahkan urusan.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan

Setelah mengikuti kelas ICT yang dijalankan setiap minggu , Puan Aslin semakin berkemahiran dalam Microsoft excel. Hasil daripada pembelajaran tersebut, serba sedikit untuk memberikan kemudahan pada beliau dalam membuat tuntutan claim perjalanan dan claim kerja lebih masa. Beliau juga memperoleh manfaat dalam pengiraan mudah dan cepat