mcmc
Kisah Kejayaan

Q4 Celik-It 2019 : Muhammad Eiman Ammar

Nama : Muhammad  Eiman Ammar
Umur : 11 Tahun
Lokasi : Pusat Internet Felda Pasoh 4,Jelebu, Negeri Sembilan.
Ahli : 18/05/2014

Latar belakang      

Muhammad Eiman Ammar atau dipanggil eiman merupakan pelajar di Sekolah Rendah Felda Pasoh 4. Beliau berasal daripada keluarga yang serba kekurangan. Pelajar ini sering kali mendapat keputusan peperiksaan yang tidak memberansangkan. Oleh itu, ibu beliau Puan Siti Hajar mengambil inisiatif untuk anaknya menambah kemahiran dalam bidang pembelajaran atas talian di Pusat Internet Felda Pasoh 4

    

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Kebanyakkan kerja sekolah yang diberi oleh guru memerlukan kemahiran fikiran yang kritis dan inovatif dalam penyelesaiannya. Pusat internet mengambil inisiatif untuk mendidik pelajar ini dalam kemahiran e-tutor atau e-pembelajaran dalam ransangan kemahiran pendidikan. 

   

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan

       Setelah mengikuti kelas ICT yang dijalankan setiap minggu , Eiman mampu berdikari dalam menyelesaikan tugasan sekolahnya. Peperiksaan yang terbaru menunjukkan prestasi yang lebih baik daripada sebelumnya. Eiman juga turut mahir dalam bidang ICT terutamanya dalam bidang asas komputer dan asas internet.