mcmc
Kisah Kejayaan

Q4 2020 Keusahawanan : Siti Noor Baiza Shafikah Binti Bukari

Nama Siti Noor Baiza Shafikah Binti Bukari
Umur 40 Tahun
Lokasi : Pusat Internet Komuniti Felda Pasoh 4
Ahli 20/10/2019

Latar belakang      

             Puan Baiza merupakan ibu kepada 3 orang anak ini merupakan surirumah sepenuh masa. Sebelum ini beliau hanya mengfokuskan kerja-kerja rumah.Melihat perniagaan atas talian kian meletus, beliau turut mengambil peluang untuk menceburkan diri dengan pemilihan produk Bunga Dara. 

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI    

           Sebelum menceburikan diri di dalam perniagaan atas talian, Puan Baiza tiada pengetahuan mengenai perniaagaan di atas talian. Beliau hanyalah menfokuskan perniagaan offline atau perniaagaan secara lansung.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan

Menyedari hal ini, beliau sering hadir ke pusat internet dan ke kelas keusahawanan yang dijalankan setiap bulan. Atas dorongan petugas PIK, beliau telah dididik tentang perniagaan atas talian dan bermula dari Agent dan beliau menjadi Stokis. Beliau juga telah dilatih didalam latihan khusus Digital Marketing yang memfokuskan perniagaan e-dagang iaitu Shopee, Facebook dan juga Instagram Business.  Berkat usaha secara konsisten, pendapatan beliau meningkat daripada RM 500.00 sebulan kepada RM 1500.00 setiap bulan untuk perniagaan offline dan online