mcmc
Kisah Kejayaan

Q3 Keusahawanan 2019 : Mohd Jeffri Bin Md Darus

Nama : Mohd Jeffri Bin Md Darus
Umur : 35 Tahun
Lokasi : Pusat Internet Felda Pasoh 4,Jelebu, Negeri Sembilan.
Ahli : 10/05/2014

Latar belakang    

En Jeffri  bekas pekerja kilang pulang ke kampung untuk berkhidmat dan membantu keluarga di kampung bagi menguruskan hasil dan kerja-kerja diladang. Belakangan ini, hasil ladang banyak tetapi harga menurun ini akan menyebabkan sumber pendapatan hanya cukup untuk menampung kos-kos ladang dan keuntungan yang diperolehi hanya sedikit sahaja dan tidak cukup untuk menampung pembelanjaan harian keluarga. Dengan bermodalkan duit simpanan beliau menceburi bidang menjual dan memasang Outdoor Water Filter adalah sistem penapis air dari luar rumah. Namun begitu, beliau kurang mahir di dalam pemasaran secara online dan offline dalam mempromosikan servis yang diberi untuk bersaing dengan penjual yang lain. 

 

    

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI   

Sebelum ini, beliau hanyalah bekas perkerja kilang dan berkerja mengusahakan ladang keluarga. Beliau telah menceburi bidang penjualan dan pemasangan Outdoor Master Filter ini sejak awal tahun 2019. Namun begitu beliau tidak mempunyai kemahiran dalam teknik pemasaran dan pengiklanan produk ini secara atas talian

   

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan

      Atas inisiatif sendiri dan keperluan ICT dalam perniagaan beliau, beliau sering hadir ke Pusat Internet untuk mendapat khidmat nasihat dari pertugas dan beliau mengikuti kelas ICT yang diadakan oleh Pusat Internet. Encik Jeffri telah dididik kaedah penulisan yang baik di sosial media  dan tatacara promosi dalam perniagaan. Selain itu,  En jeffri  juga telah dilatih tentang aplikasi-aplikasi di telefon bimbit android yang boleh digunakan bagi tujuan video editing dan suntingan imej seperti aplikasi canva editing, snapseed, kine master, clipper dan juga link whatsapp bagi memudahkan urusan bersama pelanggan. Kini, perniagaan ini semakin berkembang dan kerap kali menerima tempahan penyelenggaraan dari luar daerah Jelebu.