mcmc
Keusahawanan

Q3 Keusahawanan 2019 : Haji Abdul Latif bin Haji Salleh

Nama : Haji Abdul Latif bin Haji Salleh
Umur : 63 Tahun
Lokasi : Pusat Internet Felda Pasoh 4,Jelebu, Negeri Sembilan.
Ahli : 20/07/2017

Latar belakang

          Haji Latif merupakan Pengerusi Khairat Kematian Felda Pasoh 4 dan seorang ahli Pusat Internet. Dalam kesibukan kerja-kerja harian beliau turut menceburi dalam bidang keusahawanan pengusaha homestay di Felda Pasoh 4 yang memiliki fasiliti kolam mandi, sarang madu kelulut dan haiwan ternakan kambing.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

     Perusahaan ini bermula disebabkan kawasan perkampungan Felda Pasoh 4 semakin menjadi tumpuan orang ramai dari bandar dan daripada negeri lain untuk mengikuti aktiviti lasak yang terdapat Gua Pasoh. Sebelum ini, perusahaan ini kurang mendapat perhatian daripada pelancong dalam dan luar negara di sebabkan oleh teknik pengiklanan homestay ini tidak menyeluruh dan hanya disebarkan melalui teknik offline.

  

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan

     Atas inisiatif sendiri dan keperluan ICT dalam perniagaan beliau, Haji latif telah hadir ke Pusat Internet untuk mendapatkan khidmat nasihat dan mengikuti kelas-kelas ICT yang dianjurkan oleh pusat internet. Beliau telah dididik tentang kaedah pengiklanan dan promosi di atas talian seperti media sosial Facebook dan Whatsapp. Beliau juga mengikuti kursus pengurusan homestay yang dianjurkan oleh MOTAC. Disamping itu, beliau turut dilatih dalam aplikasi-aplikasi di telefon bimbit android yang boleh digunakan bagi tujuan bagi memudahkan urusan bersama pelanggan. Perniagaan ini kian mendapat tempat dihati pelancong dalam dan luar negara seterusnya dapat meningkatkan pendapatan dari masa ke semasa.