mcmc
Kisah Kejayaan

Q3 Keusahawanan 2018 : Azma Binti Abdullah

Pengusaha gerai baju Bundle. 
Nama Azma Binti Abdullah
Umur 39 Tahun
Lokasi : Pusat Internet Felda Pasoh 4,Jelebu, Negeri Sembilan.
Ahli : 2014

 

Bentuk perniagaan 

Pengusaha gerai baju Bundle

Latar belakang

       Ibu kepada 3 orang anak ini merupakan seorang surirumah sepenuh masa. Beliau dan suami memiliki perniagaan baju bundle semenjak dua tahun yang lepas. Namun begitu, perniagaan yang dimilikinya hanya diketahui oleh masyarakat sekitar Felda Pasoh 4. Beliau telah didedahkan dalam bagaimana internet membantu untuk menjana pendapatan melalui dalam talian.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

   Sebelum menceburkan diri di dalam promosi atas talian, beliau hanyalah membuka perniagaan bundle miliknya di kawasan sekitar komuniti di Felda Pasoh 4 dan tidak tahu mengaplikasikan kelebihan internet dalam bentuk perniagaan atas talian di media sosial.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

     Menyedari hal ini, beliau sering hadir ke pusat internet dan ke kelas keusahawanan yang dijalankan setiap bulan. Atas dorongan petugas Pi1M, beliau telah dididik dalam menjana idea perniagaan, reka cipta sticker perniagaan, perniagaan atas talian dan beberapa kemahiran baru bagi mempelbagaikan sumber pendapatan atas talian. Pendapatan Puan Julia telah meningkat daripada RM 100.00 kepada RM 300.00 setiap bulan untuk perniagaan offline dan online.