mcmc
Kisah Kejayaan

Q3 Celik Ict 2019 : Muhamad Solehuddin bin Samsudin

Nama : Muhamad Solehuddin bin Samsudin
Umur : 35 Tahun
Lokasi : Pusat Internet Felda Pasoh 4,Jelebu, Negeri Sembilan.
Ahli : 19/04/2018
 
 
Bentuk perniagaan :
Kerani Pejabat FELDA Pasoh 4 yang mahir dalam penggunaan Adobe Photoshop CS6
 
 
Latar belakang :

Encik Sollehudin merupakan ayah kepada 3 orang anak dan bekerja sebagai kerani di Pejabat Felda Pasoh 4. Sebagai petugas Pejabat FELDA, kemahiran dalam bidang ICT amat penting dalam menjalankan tugasan hariannya. Tambahan pula, sebagai pekerja yang berdikari, beliau juga mengambil inisiatif untuk mempelajari ilmu kemahiran suntingan imej menggunakan aplikasi Adobe Photoshop CS 6. 

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI :

         Bagi melaksanakan tanggungjawabnya, keperluan ICT terutamanya pengurusan akaun pejabat FELDA dan minit mesyuarat amat penting di dalam tugasnya. Semenjak bulan August hingga kini, beliau sangat aktif dalam menghadirkan diri ke kelas yang di laksanakan setiap minggu bagi kategori belia.

 
 
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI :
    

       Setelah mengikuti kelas ICT yang dijalankan setiap minggu , beliau boleh berdikari dalam menyelesaikan tugasan yang melibatkan ICT seperti membuat minit mesyuarat (Microsoft Word), mengemaskini akaun persatuan (Microsoft Excel) dan mahir dalam kemahiran Adobe Photoshope CS6 secara asas.