Q3 2022 CELIK IT : Muhammad Haikal Danial Bin Zaman
| Nama | : Muhammad Haikal Danial Bin Zaman |
| Umur | : 12 Tahun |
| Lokasi | : PEDI Felda Pasoh 4, Jelebu, Negeri Sembilan. |
| Ahli | : 20/07/2017 |
Latar belakang
Haikal Danial ada lah anak sulung daripada 2 orang adik beradik. Beliau beminat dalam bidang ICT sejak beliau berumur 7 tahun lagi. Haikal Danial merupakan pelajar pintar disekolah dan beliau tiada masalah semasa mengikuti proses pembelajaran di kelas ICT yang dijalankan oleh petugas
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PIK
Sejak beliau didaftarkan oleh ibubapa beliau sebagai ahli PEDi Felda Pasoh 4, Haikal Danial sering mengunjungi PEDi Felda Pasoh 4 bersama rakan-rakannya untuk menyiapkan tugasan sekolah dan melayari internet. Justeru itu, atas kesungguhan dan minat dalam bidang ICT, beliau dipelawa mengikuti bengkel Asas ICT menggunakan aplikasi komputer, bengkel canva.com, bengkel penjagaan komputer dan lain-lain lagi yang dianjurkan oleh PEDi Felda Pasoh 4. Menerusi bengkel ini, banyak input yang dikongsikan oleh petugas terutamanya modul penjagaan komputer dan modul editing multimedia. Haikal Danial juga sering menyertai bengkel-bengkel advokasi SKMM sejurus selepas bengkel asas ICT diadakan bagi menambah ilmu pengetahuan berkenaan kempen advokasi.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PIK
Selepas mengikuti bengkel-bengkel kelas yang di anjuran PEDi Felda Pasoh 4, Haikal Danial banyak memperaktikan pembelajaran menggunakan komputer tersedia ada rumah. Beliau juga cepat belajar khususnya dalam modul editing menggunakan canva.com. Pelajar ini juga seringkali memanfaatkan pembelajaran untuk penggunaan kerja kursus yang telah di amanahkan oleh guru sekolahnya. Disamping itu, bengkel advokasi SKMM memberi manfaat info berkenaan pengajaran dapat dijadikan pedoman di dalam kehidupan seharian.