mcmc
Kisah Kejayaan

Q2 Keusahawanan 2018 : Rafeah Binti Ahmad

Nama Rafeah Binti Ahmad
Umur : 36 Tahun
Lokasi : Pusat Internet Felda Pasoh 4,Jelebu, Negeri Sembilan.
Ahli : 2013
 
 
Bentuk perniagaan :
Stokis Shifa Herbs  
 
Latar belakang :   

     Bekerja sebagai Pustakawan Desa di Felda Pasoh 4 dan kerap berhubung dengan komuniti setempat memberikan peluang kepada Puan Rafeah untuk menjadi stokis kepada produk barangan Shifa Herbs dan menjana pendapatan komuniti sekitar dengan menjadi pengedar kepada produk ini.  

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI :

Sebelum menceburkan diri di dalam promosi atas talian, beliau hanyalah seorang petugas Perpustakaan Desa di Felda Pasoh 4 yang hanya bergantung kepada pendapatan setiap bulan dan tidak tahu mengaplikasikan kelebihan internet dalam bentuk perniagaan atas talian di media sosial.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI :

Kewujudan Pusat Internet 1Malaysia di kawasan penempatan memberikan impak besar dalam menjana pendapatan di mana beliau telah berjaya untuk mereka cipta page di laman Facebook  dan mempelajari latihan keusahawanan dengan bantuan petugas PI1M di Felda Pasoh 4 dan seterusnya meningkatkan pendapatan sampingan dan komuniti sekitar dengan menjadi pengedar produk Shifa Herbs.   Selain itu, beliau juga telah dididik dalam menjana idea perniagaan, reka cipta sticker perniagaan, perniagaan atas talian dan beberapa kemahiran baru bagi mempelbagaikan sumber pendapatan atas talian.