Q2 Keusahawanan 2018 : Julia Binti Nordin
| Pengusaha Kuih Semperit Traditional | |
| Nama | : Julia Binti Nordin |
| Umur | : 35 Tahun |
| Lokasi | : Pusat Internet Felda Pasoh 4,Jelebu, Negeri Sembilan. |
| Ahli | : 2014 |
Bentuk perniagaan :
Pengusaha kuih semperit traditional.
Latar belakang :
Ibu kepada lima orang anak ini merupakan seorang surirumah sepenuh masa. Kos sara hidup yang tinggi kini telah membuka mata Puan Julia dalam kepentingan berdikari dalam menjana pendapatan. Tambahan pula, suaminya bertugas sebagai askar di Sabah dan mereka tinggal berasingan. Setiap bulan Puan Julia hanya mengharapkan pendapatan suaminya. Idea perniagaan biskut semperit ini dipelajari ketika latihan keusahawanan yang di adakan di PI1M setiap bulan. Beliau telah didedahkan dalam bagaimana internet membantu untuk menjana pendapatan melalui dalam talian.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI :
Sebelum menceburkan diri di dalam promosi atas talian, beliau hanyalah surirumah biasa yang menjaga 5 orang anak yang masih kecil dan tidak tahu mengaplikasikan kelebihan internet dalam bentuk perniagaan atas talian di media sosial.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI :
Menyedari hal ini, beliau sering hadir ke pusat internet dan ke kelas keusahawanan yang dijalankan setiap bulan. Atas dorongan petugas Pi1M, beliau telah dididik dalam menjana idea perniagaan, reka cipta sticker perniagaan, perniagaan atas talian dan beberapa kemahiran baru bagi mempelbagaikan sumber pendapatan atas talian. Pendapatan Puan Julia telah meningkat daripada tiada pendapatan kepada RM 300.00 setiap bulan untuk perniagaan offline dan online.