Q2 Keusahawanan 2020 : Rohaida Binti Jamros

Kisah Kejayaan | 22 September 2020
Nama : Rohaida Binti Jamros
Umur : 45 Tahun
Lokasi : Pusat Internet Felda Pasoh 4,Jelebu, Negeri Sembilan.
Ahli : 06/09/2017

Latar belakang      

Kehidupan hidup seorang ibu tunggal dan mempunyai tiga orang cahaya mata bukan penghalang untuk beliau mencari sumber pendapatan tambahan dari biz partner Int3tree. Selain menjadi stokis di sebelah pagi beliau adalah pekerja awam di sekolah SK Felda Pasoh 4. 

    

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pada permulaan perniagaan beliau hanya mencari duit tambahan tetapi dia terdapat masalah kekurang masa untuk melakukan jualan. Selain itu, beliau juga kurang berkemahiran dalam untuk melakukan iklan promosi dan atas talian.

   

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan

     

Menyedari hal ini, beliau sering hadir ke Pusat Internet Felda Pasoh 4 untuk mendapat khidmat nasihat dari pertugas. Beliau dididik tatacara promosi dalam perniagaan dan sering mengikuti program latihan keusahawanan. Dengan peningkatan kemahiran beliau perniagaan makin berkembang menerusi iklan di atas talian melalui Facebook. Selain itu, beliau jugak turut membantu orang lain dari segi membuat satu pasukan dropship. Dengan ilmu promosi atas talian pendapatan beliau bukan sahaja semakin bertambah anggaran purata beliau sebulan antara RM 1000.00- RM 1500.00.