mcmc
Kisah Kejayaan

Q2 Keusahawanan 2020 : Nor Azizah Binti Mustafa

Nama : Nor Azizah Binti Mustafa
Umur : 42 Tahun
Lokasi : Pusat Internet Felda Pasoh 4,Jelebu, Negeri Sembilan.
Ahli : 11/09/2016

Latar belakang      

Puan Azizah adalah anak peneroka Felda Pasoh 4 dan merupakan ibu tunggal yang mempunyai empat orang cahaya mata. Puan Azizah telah dikenali sebagai seorang juga mempunyai kepakaran dalam bidang sulam kait. Kemahiran yang dimilikinya hanya dijadikan hobi di masa lapang namun atas nasihat petugas Pusat Internet Felda Pasoh 4 beliau telah menjadikan kemahiran tersebut sebagai sumber pendapatan. 

    

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum  ini, beliau mempunyai masalah dari segi kemahiran untuk mengiklankan hasil sulam kait secara atas talian.  Tempahan yang diterimanya hanya di kawasan sekitar Felda Pasoh 4 sahaja. 

   

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan

Atas inisiatif sendiri dan keperluan ICT dalam perniagaan beliau, Puan Azizah telah hadir ke Pusat Internet untuk mendapatkan khidmat nasihat dan mengikuti kelas-kelas ICT yang dianjurkan oleh pusat internet. Puan Azizah juga telah dinasihatkan mengenai pembukaan ilmu ‘dropship’ berikutan permintaan sulaman mask extension meningkat secara mendadak di pasaran . Dengan ilmu dropship beliau bukan sahaja telah meningkatkan pendapatan bulanannya tetapi telah membantu surirumah berdekatan untuk turut menjana pendapatan atas talian. Disamping itu, beliau turut dilatih dalam aplikasi-aplikasi di telefon bimbit android yang boleh digunakan bagi tujuan bagi memudahkan urusan bersama dropship dan pelanggan.