mcmc
Kisah Kejayaan

Q2 Keusahawanan 2019 : Suzywati Abd Jalil

Nama : Suzywati Abd Jalil
Umur : 41 Tahun
Lokasi : Pusat Internet Felda Pasoh 4,Jelebu, Negeri Sembilan.
Ahli : 10/01/2016

 

Latar belakang

          Puan Suzywati merupakan pengerusi Skuad Generasi Kedua, sukarelawan Pusat Internet dan perunding perkahwinan. Menyedari revolusi surprise bouquet meledak dalam pasaran tempatan, Puan Suzywati mengambil kesempatan untuk menyediakan perkhidmatan penghantaran kejutan untuk ulang tahun kelahiran, majlis keraian dan lain-lain majlis. Dengan adanya kelebihan bakat beliau dalam perunding perkahwinan, ianya memberikan kelebihan dalam kreativiti penghasilan surprise bouquet mengikut bajet pelanggan.

    

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

      Perniagaan ini bermula dengan penjualan pelbagai jenis coklat yang sukar didapati di kawasan Felda Pasoh 4. Idea surprise bouquet ini tercetus ketika beliau membantu sahabatnya dalam kreativiti untuk dihadiahkan kepada pasangannya dan kemudian di muat naik di laman media sosial. Semenjak itu, beliau telah menerima tempahan yang kerap yang boleh menjana pendapatan yang meningkat dari masa ke semasa.

   

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan

        Menyedari potensi perkhidmatan surprise bouquet semakin meluas dengan talian internet, Puan Suzywati telah hadir ke Pusat Internet untuk mendapatkan khidmat nasihat dan mempelajari  kaedah pemasaran dalam  talian di media sosial, jejaring sosial seperti di Whatsapp status dan posting dan stories di Facebook . Puan Suzy juga telah dilatih tentang aplikasi-aplikasi di telefon bimbit android yang boleh digunakan bagi tujuan bagi memudahkan urusan bersama pelanggan. Perniagaan ini telah mencapai permintaan yang tinggi apabila tempahan  yang diterima sehingga tidak  putus-putus sama ada di dalam daerah hingga diluar daerah Jelebu. Puan Suzywati juga turut membuka peluang kepada surirumah setempat untuk turut menjana pendapatan dalam melaksanakan perkhidmatan penghantaran surprise bouquet.