Q2 Celik-It 2020 : Muhammad Affiq Aiman Bin Ridhwan
| Nama | : Muhammad Affiq Aiman Bin Ridhwan |
| Umur | : 18 Tahun |
| Lokasi | : Pusat Internet Felda Pasoh 4,Jelebu, Negeri Sembilan. |
| Ahli | : 05/06/ 2017 |
Latar belakang
Affiq Aiman merupakan cucu peneroka jati di kawasan Felda Pasoh 4 yang telah menerima panggilan sambung belajar di Kolej Antarabangsa Inovatif di Kelana Jaya dalam bidang pengurusan Haji dan Umrah.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Encik Afiq Aimanseringkali berkunjung ke Pusat Internet bagi mendapatkan perkhidmatan fotokopi, cetakan dan sebagainya. Bermula pada tahun 2020 merupakan tahun yang sukar bagi beliau kerana telah mendapat tawaran bagi melanjutkan pembelajaran di peringkat Diploma . Bagi melaksanakan tugasan yang berat dan serentak beliau seringkali ke Pusat Internet dalam mendapatkan khidmat nasihat dan pembelajaran yang singkat dan mudah dalam keperluan ICT dan pembelajaran yang dilakukan sempena musim Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan adalah dalam talian.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan
Setelah mengikuti kelas ICT yang dijalankan, beliau semakin mahir dalam menyelesaikan tugasan yang melibatkan ICT seperti pembelajaran melalui Excel (formula singkatan) , minit mensyuarat (shortcut keys Microsoft Word) dan suntingan imej melalui canva editing.