mcmc
Kisah Kejayaan

Q2 Celik-It 2019 : Mohd Jeffri bin Darus

Nama : Mohd Jeffri bin Darus
Umur : 35 Tahun
Lokasi : Pusat Internet Felda Pasoh 4,Jelebu, Negeri Sembilan.
Ahli : 10/05/2014
 
 
Bentuk perniagaan :
Bendahari Persatuan Khairat Kematian yang mahir penggunaan komputer terutamanya dalam mengemaskini akaun persatuan dengan menggunakan Microsoft Excel.
 
 
Latar belakang :

Encik Jeffri merupakan bapa kepada 4 orang anak. Beliau merupakan bendahari bagi Persatuan Khairat Kematian dan peneroka dalam perkampungan ini. Sebelum ini, beliau hanya mengemaskini akaun syarikat di dalam buku log yang menjadikan akaun persatuan tidak kemas dan teratur. Atas pendekatan yang dijalankan oleh petugas iaitu menjalankan kelas belia setiap hari rabu pagi, beliau telah mahir dalam penggunaan Microsoft Excel. Kini beliau hanya menggunakan formula-formula di dalam Microsoft Excel bagi mengemaskini akaun persatuan. 

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI :

Bagi melaksanakan tanggungjawabnya, keperluan ICT terutamanya pengurusan akaun persatuan dan minit mesyuarat amat penting di dalam tugasnya. Semenjak bulan April hingga kini, beliau sangat aktif dalam menghadirkan diri ke kelas yang di laksanakan setiap minggu bagi kategori belia.

 
 
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI :
    

Setelah mengikuti kelas ICT yang dijalankan setiap minggu , beliau boleh berdikari dalam menyelesaikan tugasan yang melibatkan ICT seperti membuat minit mesyuarat (Microsoft Word), mengemaskini akaun persatuan (Microsoft Excel) dan mahir dalam melayari Internet dalam mencari maklumat-maklumat terkini.