Q2 2022 CELIK IT : Haziq Bin Hamzah

Kisah Kejayaan | 30 May 2023
Nama : Sofea Khairulnisa Binti Khairil Kuzakry
Umur : 13 Tahun
Lokasi : PEDI Felda Pasoh 4, Jelebu, Negeri Sembilan.
Ahli : 7/12/2011
 

Latar belakang

             Haziq merupakan lepasan ijazah UiTM Shah Alam. Haziq mempunyai minat dalam videografi yang dijadikan hobi dimasa lapang. Karya yang dibuat dijadikan disimpan dan ditonton di dalam youtube channel beliau.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PIK

         Haziq sering mengunjungi PEDi Felda Pasoh 4 untuk mencari maklumat mengulangkaji pelajaran dan menyiapkan thesis beliau semasa dalam pengajian di UITM Shah Alam. Sebagai permulaan, beliau dipelawa mengikuti bengkel yang dianjurkan oleh PEDi Felda Pasoh 4. Menerusi bengkel ini, banyak input yang dikongsikan oleh petugas terutamanya Video Editing Filmora dan Photo Canva Editing. Dalam masa yang sama beliau turut aktif menyertai bengkel-bengkel advokasi SKMM bagi menambah ilmu pengetahuan berkenaan kempen advokasi. 

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PIK

               

Selepas beberapa kali mengikuti Video Editing Filmora anjuran PEDi Felda Pasoh 4, Haziq semakin berkemahiran dan mencabar diri beliau mempelajari Video Editing professional menggunakan Adobe Premium. Dengan berlatarbelakangkan lepasan ijazah Haziq cepat mempelajari aplikasi Adobe Premium. Hal ini sangat berguna membantu beliau dalam menyiapkan hasil karya video berkualiti tinggi dan dan transaction yang lebih advance. Disamping itu juga, beliau mengikuti pertandingan anjuran oleh PEDi Felda Pasoh 4 dan mendapat tempat pertama sebanyak dua kali berturut.