Q2 2021 CELIK ICT : MUHAMMAD SYAIFUL RIZAL BIN HERMAN

Kisah Kejayaan | 19 September 2021
Nama : Muhammad Hadif Iskandar Bin Noraimi
Umur : 12 Tahun
Lokasi : Pusat Internet Felda Pasoh 4,Jelebu, Negeri Sembilan.
Ahli : 25/10/2017
 

Latar belakang

       Muhammad Hadif Iskandar atau dipanggil Hadif merupakan pelajar yang bersekolah di Sekolah Rendah Kebangsaan FELDA Pasoh 4 dan berasal daripada keluarga B40. Hadif merupakan anak sulong daripada 4 orang adik beradik dan memiliki latar belakang yang baik dalam bidang akademik. Hadif juga sering ke pusat internet untuk melayari video di atas talian melalui carian diYouTube.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PIK

         Pada permulaan, Hadif seringkali mengunjungi Pusat Internet Komuniti FELDA Pasoh 4 untuk melayari internet untuk menonton video berkenaan dengan tatacara penjagaan komputer dan kompenen komputer. Hadif seringkali diperhatikan oleh PIKhak petugas dan akhirnya petugas mengambil inisiatif untuk mendidik Hadif secara praktikal tentang komponen komputer dan beliau seringkali dididik secara bulanan dalam kemahiran komputer.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PIK

       Setelah mengikuti kelas ICT yang dijalankan setiap bulan, Hadif semakin berkemahiran dalam kompenan dalam komputer. Hasil daripada pembelajaran tersebut juga, Hadif kini berjaya di dalam bidang akademik untuk subjek Reka Bentuk Teknologi dan pembelajaran ini diharapkan bermanfaat untuk kegunaannya di masa akan datang.