| Nama | : Nur Shazmiera Syamin Binti Saiful Nazim |
| Umur | : 22 Tahun |
| Lokasi | : Pusat Internet Felda Pasoh 4,Jelebu, Negeri Sembilan. |
| Ahli | : 11/09/2016 |
Latar belakang
Puan Syamin merupakan cucu peneroka di Felda Pasoh 4 dan mempunyai 2 orang cahaya mata. Perniagaan ini telah dimulakan daripada zaman bujang atas dorongan dan galakan ibunya Puan Salmiah yang menjalankan khidmat catering yang dikenali sebagai “Bhogasap Katering”. Perniagaan ini bermula daripada kecil kecilan yang hanya dimulakan dengan rujukan daripada internet sehingga beliau mengambil kursus pembuatan kek. Perniagaan ini juga telah mengembangkan perniagaan ibu Puan Syamin dengan tempahan kek daripada pengantin dan juga dijadikan site menu setiap kali tempahan catering dijalankan.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum ini, beliau hanya menumpukan melalui tempahan kek melalui katering dan lemah dari segi pemasaran media sosial dan tidak tahu mempelbagai jualan dari pendapatan harian dan mingguan.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan
Atas inisiatif sendiri dan keperluan ICT dalam perniagaan beliau, Puan Syamin telah hadir ke Pusat Internet untuk mendapatkan khidmat nasihat dan mengikuti kelas-kelas ICT yang dianjurkan oleh pusat internet. Beliau jugak turut serta menyertai kelas-kelas di bawah jabatan kerajaan bagi meningkatkan kemahiran dan menambah pengetahuan
Disamping itu, beliau turut dilatih dalam aplikasi-aplikasi di telefon bimbit android yang boleh digunakan bagi tujuan bagi memudahkan urusan bersama pelanggan. Sejak kemudahan media sosial peningkatan jualan dari segi harian dan mingguan semakin bertambah pelbagai tempahan pelbagai majlis.