| Nama | : Nurul Nadia binti Ramli |
| Umur | : 28 Tahun |
| Lokasi | : Pusat Internet Felda Pasoh 4,Jelebu, Negeri Sembilan. |
| Ahli | : 08/09/ 2017 |
Latar belakang
Cik Nadia merupakan anak peneroka jati di kawasan Felda Pasoh 4 yang bertugas sebagai guru agama di Sekolah Agama Rakyat Felda Pasoh 4 dan merupakan Penolong Pengerusi Belia Felda Pasoh 4.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Cik Nadia seringkali berkunjung ke Pusat Internet bagi mendapatkan perkhidmatan fotokopi, cetakan dan sebagainya. Bermula pada tahun 2020 merupakan tahun yang sukar bagi beliau kerana telah mendapat tawaran bagi melanjutkan pembelajaran di peringkat Ijazah Sarjana Muda di OUM. Bagi melaksanakan tugasan yang berat dan serentak beliau seringkali ke Pusat Internet dalam mendapatkan khidmat nasihat dan pembelajaran yang singkat dan mudah dalam keperluan ICT.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan
Setelah mengikuti kelas ICT yang dijalankan setiap minggu, beliau semakin mahir dalam menyelesaikan tugasan yang melibatkan ICT seperti pembelajaran melalui Excel (formula singkatan) , minit mensyuarat (shortcut keys Microsoft Word) dan suntingan imej melalui asas Adobe Photoshop CS 6.