| Nama | : Muhammad Ammar Mukhriz Bin Mustafa |
| Umur | : 11 Tahun |
| Lokasi | : Pusat Internet Felda Pasoh 4,Jelebu, Negeri Sembilan. |
| Ahli | : 12/05/2018 |
Ammar merupakan anak yang ketiga daripada lima orang adik beradik. Beliau merupakan pelajar tahun 5 di Sekolah Rendah Felda Pasoh 4 . Memandangkan latih tubi yang di beri oleh guru-guru memerlukan talian internet, Ammar sering kali hadir ke Pusat Internet dan menjadikan Pusat Internet sebagai tapak untuk menjadi rujukan bagi menyiapkan latih tubi yang diberikan oleh guru di sekolah. Dalam masa yang sama, Ammar telah banyak mempelajari tentang video editing di channel Youtube yang menjadikan titik tolak sebagai seorang vlogger gamers yang dikenali sebagai ‘Ayam Jagoh Cube’.
Sebelum ini Ammar sering mempelajari teknik-teknik video shooting hanya melalui android smartphone. Maklumat yang diperlukan untuk menyiapkan latih tubi yang diberikan oleh gurunya juga di cari melalui telefon bimbit miliknya. Namun begitu, setelah hadir ke Pusat Internet, Ammar telah didedahkan tentang teknik-teknik video shooting yang di pelajari melalui filmora.go dan asas suntingan imej melalui software AI.