| Perkhidmatan Pintar | : NADI X Dilea |
| Nama | : Nur Alya Farzana Binti Rosly |
| Umur | : 17 Tahun |
| Ahli | : 2016 |
Latar belakang
- Alya, anak bongsu daripada tiga beradik, berusia 17 tahun dan pelajar tingkatan 5 di Sekolah Menengah Kebangsaan Teriang Hilir. Beliau tinggal bersama ibunya yang merupakan ibu tunggal dan suri rumah. Alya seorang yang komited dalam pelajaran dan aktif menyertai webinar serta kelas atas talian anjuran NADI. Selain itu, beliau juga mengikuti tuisyen di sekolah untuk memastikan pencapaiannya cemerlang.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI
- Sebelum menyertai Program Perkhidmatan Pintar, Alya menghadapi kesukaran dalam mencatat dan memahami nota. Beliau tidak mengetahui tujuan sebenar nota serta tidak mempunyai teknik yang berkesan dalam penulisan dan ulangkaji. Nota yang ditulis sering tidak tersusun dan sukar diingati semula, menyebabkan proses pembelajaran menjadi tidak berfokus dan kurang berkesan.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI
- Selepas menyertai kelas, Alya faham bahawa nota ialah alat bantu belajar, bukan sekadar salinan maklumat. Beliau menguasai dua konsep penting penulisan nota iaitu note capture dan note creation. Alya juga dapat mengenal pasti isi penting dan kata kunci dengan lebih mudah. Teknik memori seperti Ikon Memori dan Cerita Kreatif membantu beliau mengingat dengan lebih berkesan. Selain itu, beliau menggunakan teknik seperti Outline, Flash Card, dan Mind Map untuk mencatat dengan lebih tersusun. Dengan mengenal pasti gaya belajar VAK, Alya kini belajar dengan cara yang lebih sesuai dan berkesan.
- Alya membuktikan bahawa pendekatan yang tepat dalam penulisan nota dan penggunaan teknik pembelajaran yang sesuai mampu meningkatkan prestasi pelajar dengan ketara. Program Perkhidmatan Pintar telah membantu Alya menjadi pelajar yang lebih berdikari, teratur dan yakin dalam proses pembelajaran.