Q2 2023 Celik ICT : Syaiful Haziq Bin Surate

Maklumat Setempat | 15 December 2023
Nama : Syaiful Haziq Bin Surate
Umur : 31 Tahun
Lokasi : PEDI Felda Pasoh 4, Jelebu, Negeri Sembilan.
Ahli : 29/06/2016
 

Latar belakang

            Encik Syaiful Haziq merupakan graduan lulusan Diploma Elektrik daripada Politeknik, Port Dickson. Pendidikan yang diterima Encik Syaiful membuatkan beliau lebih berpengetahuan dalam bidang yang dimiliki dan kematangan pemikirannya telah membuatkan beliau dilantik sebagai Pengerusi Belia MBFM Felda Pasoh 4 sepanjang 10 tahun lepas. Sebagai pengerusi belia, beliau memegang tanggungjawab untuk memimpin dan mengelola kegiatan-kegiatan yang berkaitan dengan pemuda dan komuniti, seperti program pengembangan diri, program sosial, atau kegiatan sukan. Semenjak dua tahun lepas, beliau telah diberi kepercayaan dan dilantik menjadi Imam 1 di Masjid Ehsaniah Felda Pasoh 4. 

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PIK

          

Sebelum ini, Encik Syaiful kurang memahami teknologi ICT yang kian berkembang. Ini termasuk pengetahuan asas mengenai hardware, software, networking dan konsep asas dalam dunia digital. Selain itu, beliau kurang kemahiran dalam menggunakan teknologi dan alat-alat digital. Sebagai contohnya, Encik Syaiful kurang berkemahiran dalam sistem pejabat, pengurusan fail, dokumen elektronik atau manfaat sumber dalam talian dengan efektif.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PIK        

   Dengan hasil latihan dan bantuan dari PEDi, beliau lebih pengetahuan dan berkemahiran pengetahuan dan kecekapan dalam pengurusan pejabat. Selain itu, peningkatan kemahiran komunikasi ICT juga membantu beliau untuk beriteraksi belia melalui pelbagai saluran digital. Dengan ini dapat beliau berkomunikasi melalui di atas talian dan secara berkumpulan.