mcmc
Kisah Kejayaan

Q1 2023 Celik ICT : Norida Binti Bahudin

Nama : Norida Binti Bahudin
Umur : 62 Tahun
Lokasi : PEDI Felda Pasoh 4, Jelebu, Negeri Sembilan.
Ahli : 29/01/2011
 

Latar belakang

           Puan Norida merupakan salah seorang AJK dalam persatuan Gerakan Pergerakan Wanita (GPW) dan merupakan salah seorang usahawan dalam gabungan GPW dalam perusahaan Kuih Gunting. Kini beliau giat mempelajari pengurusan untuk mengambil tempahan dan mencatat stok bahan-bahan.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PIK

          Sebelum ini beliau kurang berkemahiran dalam ICT. Dari segi pengurusan tempahan dan kiraan stok disimpan secara manual. Seringkali, persatuan ini menerima masalah dari segi kehilangan dokumen tempahan, stok simpanan dan rekod wang keluar masuk. Hal ini menyukarkan beliau dan kerap kali perlu menyemak dan mengira kembali dan merekodkan semula.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PIK        

    Dengan hasil latihan dan bantuan dari PEDi, beliau dapat mempelajari dan semakin berkemahiran dalam pengurusan dokumentasi stok. Persatuan ini juga berjaya menyimpan rekod lebih teratur secara dan selamat mengunakan aplikasi Microsoft Office. Dokumen yang direkodkan boleh di simpan secara softcopy dan hardcopy. Beliau juga meperlajari kelebihan internet terutama dalam urus niaga jualan. Beliau menggunakan Whatsapp Business yang diperlajari dari kelas anjuran PEDi untuk meluaskan secara di atas talian dan berjaya mendapatkan sambutan yang tinggi.