Q1 2021 CELIK ICT : MUHAMMAD SYAIFUL RIZAL BIN HERMAN
| Nama | : Muhammad Syaiful Rizal Bin Herman |
| Umur | : 15 Tahun |
| Lokasi | : Pusat Internet Felda Pasoh 4,Jelebu, Negeri Sembilan. |
| Ahli | : 02/10/2015 |
Latar belakang
Encik Syaiful Rizal merupakan cucu peneroka di perkampungan Felda Pasoh 4. Semenjak kecil Syaiful seringkali hadir bersama abangnya Hafis dalam melengkapkan tugasan yang diberikan oleh guru mereka. Mereka juga sering mengunjungi Pusat Internet Komuniti untuk mendapatkan perkhidmatan pertanyaan, fotokopi dan cetakan.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Pada permulaan, Encik Syaiful hanyalah datang untuk mendapatkan perkhidmatan pertayaan, fotokopi dan cetakan. Petugas seringkali memberikan tunjuk ajar untuk mengendalikan peralatan komputer dan memuat turun gambar daripada internet. Tambahan baru-baru ini pertandingan mereka cipta video sedang dilaksanakan. Petugas telah mendidik mereka tentang asas videografi dan aplikasi yang mudah dengan hanya menggunakan telefon bimbit untuk memupuk minat mereka ke arah teknologi kreatif.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Setelah mengikuti kelas ICT yang dijalankan, Encik Syaiful kini lebih yakin dalam pembikinan videografi yang akan dipertandingkan pada bulan April 2021. Beliau juga telah dididik mengenai cara mencari idea di dalam akaun Tiktok dan Pinterest. Hasilnya, beliau telah mahir dalam penggunaan Microsoft Word, aplikasi Filmora Go, Capcut, Inshot dan kini dalam proses untuk menyiapkan tugasan.