mcmc
Kisah Kejayaan

Q1 2025 : KISAH KEJAYAAN PERKHIDMATAN PINTAR NADI X E-SPORT

Perkhidmatan Pintar: NADI X E-Sport
 Nama: Muhammad Syaiful Rizal Bin Herman
 Umur: 19 Tahun
 Ahli: 2024

Latar Belakang

  • Sejak di bangku sekolah, Muhammad Farish Danish bin Mohamad Rasid dikenali sebagai seorang pelajar yang rajin dan berdedikasi dalam pelajaran. Beliau juga aktif menyertai aktiviti kokurikulum, terutamanya dalam bidang E-Sukan. Bakat dan minat beliau dalam arena ini terbukti apabila beliau diberi kepercayaan untuk mewakili sekolah dalam beberapa pertandingan E-Sukan secara kompetitif.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI

  • Sebelum mengenali inisiatif dan peluang yang ditawarkan oleh NADI, penglibatan beliau dalam E-Sukan hanya terhad di peringkat sekolah. Namun, segalanya berubah selepas beliau menyertai program-program anjuran NADI x E-Sukan. Melalui pelbagai program seperti Program Kesedaran Mengenai E-Sukan dan Pertandingan Mobile Legends Peringkat Saringan NADI, beliau mula mengembangkan potensi dan memperluaskan jaringan dalam komuniti E-Sukan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI

  • Kemuncak pencapaian beliau adalah apabila kumpulan beliau telah terpilih untuk mewakili NADI Felda Pasoh 4 ke peringkat negeri dalam Pertandingan Mobile Legends, satu pencapaian yang sangat membanggakan dan membuka lebih banyak peluang kepada beliau dalam bidang ini.