mcmc
Keselamatan

PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (MOVEMENT CONTROL ORDER)

  1. Nama Perintah

    • Perintah Kawalan Pergerakan (Movement Control Order)
  2. Tempoh Masa

    • Perintah ini berkuatkuasa dari 18-14 April 2020
  3. Liputan Kawasan Perintah

    • Perintah ini terpakai di seluruh Malaysia
  4. Kuatkuasa Undang-undang

    • Perintah ini disandarkan pada Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Akta Polis 1967
  5. Arahan-arahan dalam Perintah Kawalan Pergerakan

    • Terdapat enam (6) arahan yang terkandung dalam Perintah Kawalan Pergerakan ini iaitu.

      • Larangan menyeluruh pergerakan dan perhimpunan ramai termasuk aktiviti keagamaan, sukan, sosial dan budaya;

      • Sekatan menyeluruh semua perjalanan rakyat Malaysia ke luar negara;

      • Sekatan kemasukan semua pelancong dan pelawat asing ke dalam negara

      • Penutupan semua Taska, Sekolah Kerajaan dan swasta dan lain-lain institusi pendidikan rendah, menengah dan pra-universiti;

      • Penutupan semua Institusi Pengajian Tinggi (IPT) Awam dan Swasta serta Institut Latihan Kemahiran di seluruh negara; dan

      • Penutupan semua premis kerajaan dan swasta kecuali yang terlibat dengan perkhidmatan penting negara (essential services)