Apa keluarga Cik Kiah dapat?
Pendapatan isi rumah keluarga Cik Kiah bawah RM4,000 sebulan.
1. Bayaran Bantuan Prihatin Nasional sebanyak RM1,600.
2. Baki BSH RM600.
3. Bantuan Pesara Kerajaan RM500.
4. Bantuan Tunai E-Hailing RM500.
5. (Jika) Suami Cik Kiah bertugas sebagai RELA, RM200 sebulan (sehingga wabak berakhir).
6. Bantuan orang bujang sebanyak RM800.
Keseluruhan tunai diterima = RM4,200
Apa keluarga Cik Kiah jimat?
1. Jimat sewa PPR selama 6 bulan RM744.
2. Jimat tangguh pinjaman kenderaan selama 6 bulan RM1,800.
3. Jimat bayaran bil elektrik selama 6 bulan RM120.
4. Jimat tangguh bayaran balik PTPTN selama 6 bulan RM1,200.
5. (Jika) Cik Kiah membuat pinjaman kredit mikro untuk perniagaan pisang goreng dengan bayaran balik pinjaman sebanyak RM100 sebulan, Cik Kiah akan dapat penjimatan sebanyak RM600.
Keseluruhan penjimatan = RM4,464
Keseluruhan manfaat yang diterima keluarga Cik Kiah ialah sebanyak RM8,664
#PRIHATIN
#COVID19
#DudukRumah
#StayHome
#JabatanPenerangan