mcmc
Maklumat Setempat

Aktiviti Pusat Internet 1Malaysia Felda Pasoh 4 March 2016

Program Gerak Gempur E-Tutor UPSR TV DI PI1M Felda Pasoh 4

Program ini dirangka khusus untuk pelajar sekolah rendah bermula umur 9 tahun hingga 12 tahun. Program gerak gempur ini dijalankan untuk menguji tahap kesediaan mereka untuk menjawap soalan-soalan contoh UPSR mereka yang terbahagi kepada 4 mata pelajaran iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains.  Seramai 16 orang peserta telah menyertai program ini. 

Tarikh : 19 March 2015

Masa : 3.00 Petang – 4.00 petang

Lokasi : Pusat Internet 1 Malaysia Felda Pasoh 4

 

Program Eksplorasi Gua Pasoh Bersama Jabatan Perlancongan, USM, ATOA Enterprise, Ahli Parlimen Jelebu dan ADUN Pertang. 

Program ini merupakan program promosi dan kesedaran peringkat Outdoor di PI1M Felda Pasoh 4. Program dijalankan bagi tujuan pemetaan, dokumentasi, eksplorasi, dan naik taraf untuk menjadikan Gua Pelangi sebagai tapak perlancongan. Program ini juga telah memberi peluang kepada pihak pengurusan PI1M untuk memperkenalkan tentang servis-servis yang terbaru terdapat di PI1M Felda Pasoh 4 kepada wakil-wakil VVIP tersebut. Mereka juga didedahkan dengan kelebihan-kelebihan mendaftar menjadi ahli di PI1M Felda Pasoh 4. Seramai 45 orang peserta dari kategori VVIP telah menyertai program ini.

Tarikh : 11, 12, 13 March 2015

Masa : 8.00 Pagi – 7.00 Malam

Lokasi : Hutan Simpan Felda Pasoh 4

 

Sesi Penerangan Program Pemanis UM Gua Pelangi di PI1M Felda Pasoh 4. 

Program ini merupakan program promosi dan kesedaran peringkat Indoor di PI1M Felda Pasoh 4. Program dijalankan bagi perbincangan mengenai program yang akan di jalankan di Gua Pelangi pada 10 dan 11 April 2016 yang dihadiri oleh wakil-wakil daripada pelajar Universiti Malaya (UM). Program ini juga telah memberi peluang kepada pihak pengurusan PI1M untuk memperkenalkan tentang servis-servis yang terbaru terdapat di PI1M Felda Pasoh 4 kepada wakil-wakil peserta tersebut. Mereka juga didedahkan dengan kelebihan-kelebihan mendaftar menjadi ahli di PI1M Felda Pasoh 4. Seramai 5 orang peserta  telah menyertai sesi penerangan ini. 

Tarikh : 24 March 2015

Masa : 3.00 Petang – 4.00 petan

Lokasi : Pusat Internet 1 Malaysia Felda Pasoh 4

 

Promosi PI1M Felda Pasoh 4 Kepada Staf Klinik Pertang, Jelebu, NSDK.  

Program ini merupakan program promosi dan kesedaran peringkat Indoor di PI1M Felda Pasoh 4. Program ini di jalankan khusus untuk mempromosikan PI1M sebagai pusat pendidikan dan keusahawan. Program ini juga telah memberi peluang kepada pihak pengurusan PI1M untuk memperkenalkan tentang servis-servis yang terbaru terdapat di PI1M Felda Pasoh 4 kepada wakil-wakil peserta tersebut. Mereka juga didedahkan dengan kelebihan-kelebihan mendaftar menjadi ahli di PI1M Felda Pasoh 4.

Tarikh : 25 March 2015

Masa : 3.00 Petang – 4.00 petan

Lokasi : Pusat Internet 1 Malaysia Felda Pasoh 4

Lawatan Ahli Parlimen Jelebu-YB Dato’ Hj. Zainuddin Bin Hj. Ismail ke PI1M Felda Pasoh 4.  

Program ini merupakan program promosi dan kesedaran peringkat Indoor di PI1M Felda Pasoh 4. Program ini di jalankan setelah YB Dato’ merasmikan bangunan GPW yang baharu di Felda Pasoh 4. Program ini juga telah memberi peluang kepada pihak pengurusan PI1M untuk memperkenalkan tentang servis-servis yang terbaru terdapat di PI1M Felda Pasoh 4 kepada YB Dato’. YB Dato’ menerangkan kepentingan penggunaan internet secara positif kepada pengguna di Felda Pasoh 4 selaras dengan matlamat SKMM iaitu Program Klik Dengan Bijak (KDB) yang sering di promosikan di PI1M setiap bulan.Seramai 5 orang wakil mengikuti lawatan kerja ini.

Tarikh : 25 March 2015

Masa : 3.00 Petang – 4.00 petan

Lokasi : Pusat Internet 1 Malaysia Felda Pasoh 4