PENGENALAN PUSAT SEBARAN MAKLUMAT NASIONAL (NADI)
Peranan NADI adalah sebagai Pusat Sehenti untuk;
- menyediakan capaian Internet secara kolektif kepada masyarakat dan kawasan yang kurang mendapat liputan jalur lebar.
- masyarakat setempat mengikuti pelbagai kursus dan latihan berasaskan ICT, mengambil bahagian dalam program untuk mengasah kemahiran dalam peniagaan e-dagang, serta aktiviti yang menggalakkan penciptaan digital, penyebaran dan penguasaan ilmu pengetahuan digital.
- meningkatkan kesedaran dan penglibatan komuniti ke arah meningkatkan taraf sosioekonomi dan memperkasakan modal insan dalam kalangan masyarakat luar bandar dan miskin bandar.
- membimbing dan melahirkan usahawan mikro yang menggunakan teknologi digital, bagi mempergiatkan lagi transformasi pendigitalan perniagaan ke arah pendigitalan yang inovatif dan berdaya saing.
Fokus NADI tertumpu kepada usaha memberi penekanan kepada penjanaan pendapatan serta membantu ekonomi rakyat melalui e-dagang melalui kerjasama strategik bersama beberapa agensi kerajaan dan swasta. Justeru, penekanan transformasi digital menjadi agenda utama di NADI supaya masyarakat di luar bandar dan kawasan miskin bandar boleh memperkasakan diri kepada kegiatan ekonomi serta menambah pendapatan mereka melalui aktiviti ekonomi digital.
Sebanyak 873 NADI sedia ada akan dinaik taraf dan dipergiatkan sebagai Pusat Sehenti untuk aktiviti ekonomi digital luar bandar. Setiap NADI dilengkapi akses perkhidmatan jalur lebar, kemudahan infrastruktur digital serta kakitangan terlatih untuk memberi perkhidmatan dan sokongan yang diperlukan oleh komuniti setempat. NADI juga mempunyai akses kepada pelbagai aktiviti pasaran, latihan dan pemerkasaan dari pihak agensi kerajaan lain dan swasta. 37 NADI baharu akan dibuka pada suku pertama tahun 2022. Sementara sebanyak 173 NADI akan ditubuhkan di bawah matlamat 1 Dewan Undangan Negeri (DUN) 1 NADI. NADI ini dijangka siap sepenuhnya dan beroperasi pada penhujung Disember 2022. Ini menjadikan sebanyak 1,083 NADI beroperasi di seluruh negara.
NADI MENJALANKAN KURSUS-KURSUS DAN LATIHAN SEPERTI :
- e-Perkhidmatan Kerajaan (e-Government)
- e-Pembelajaran (e-Learning)
- Pengumpulan dan pertukaran maklumat
- Pusat Komunikasi.
- Pusat pembangunan aplikasi berdasarkan perkongsian perisian
- Pusat peperiksaan dan persijilan.
- Pusat pendidikan berasaskan komputer dan teknologi maklumat.
- Perkhidmatan percetakaan.
- Program klik dengan bijak (KDB)
WAKTU OPERASI : 7 Hari Seminggu ( 9.00 Pagi – 6.00 Petang )
WAKTU REHAT :1.00 Petang – 2.00 Petang ( Setiap Hari )
KECUALI JUMAAT * : 12.30 Petang – 2.30 Petang
CUTI UMUM * : Tutup