Profil Daerah Jelebu
Daerah Jelebu yang kurang 1,368km persegi, merupakan salah satu daripada 7 Daerah di Negeri Sembilan. Keluasan itu merangkumi 20.5 % daripada keluasan seluruh Negeri Sembilan. Jelebu juga dikenali dengan panggilan Luak Jelebu sebagai salah satu daripada empat Luak Berundang. Jalan Genting Peras yang dibina pada tahun 1980 sebagai Jalan Keselamatan dengan kos RM14 Juta menghubungkan Jelebu dengan Kuala Lumpur melalui Batu 14, Hulu Langat dan Ampang manakala Jalan Bukit Tangga menghubungkan Jelebu dengan Seremban, Ibu Negeri bagi Negeri Sembilan.
Penduduk Daerah ini tidak begitu ramai Cuma sekitar 37 000 orang. Jelebu daerah pedalaman justeru bolehlah dibidalkan seperti kawasan yang paling banyak hutan daripada pecan. Tetapi dalam keadaannya yang sedemikian, Jelebu tetap unik dan tersendiri, bukan sahaja tempat ini merupakan daerah yang diapit gunung dan nyaman dibelai udara bukit bukau tetapi Jelebu juga satu-satunya daerah pedalaman yang masih belum begitu tercemar akibat pancaroba dan asakan dunia moden.
Kuala Klawang, Ibu daerah Jelebu mempunyai beberapa kisah asal-usul. Salah satu daripada cerita lama atau mitos di kampung Kuala Klawang sekarang pada zaman dahulu terdapat sebilah pedang pendek tercacak di tepi sungai di kawasan itu. Orang yang menemui kelewang itu kononnya ialah seorang pendekar Sarin dari seberang yang baru menyemenda di sebuah kawasan yang kini kekal dengan nama itu yang bersempadan dengan Kampung Kuala Klawang Sekarang. Oleh sebab senjata seperti itu memang dinamakan kelewang maka lama kelamaan sebutan kelewang menjadi kelawang yang kini di ringkaskan kepada Klawang. Sungai yang mengalir di kampung itu pun dinamakan Sungai Klawang.
Di Jelebu terdapat 29 kampung tradisional, lapan buah kampung baru dan 15 kampung Orang Asli. Hasil Kegiatan utama daerah Jelebu ialah pertanian yang melibatkan pertanian tradisional dan perladangan kontan.
Maklumat Kampung Felda Pasoh 4
Felda pasoh 4 dibawah pentadbiran Daerah Jelebu dan dibawah pengurusan Felda Wilayah Raja Alias adalah terletak di dalam PARLIMEN Jelebu dan ADUN Pertang. Jarak pekan paling hampir ialah Simpang Pertang 19 km dan jarak Bandar Kuala Klawang ialah 31km.
Konsep susun atur penempatan penduduk adalah secara berkelompok dan berpusat. Pada titik koordinat berkedudukan 3* 00’50.29” N
Bil |
Perkara |
Maklumat |
1. |
Negeri |
Negeri Sembilan |
2. |
Parlimen |
Jelebu |
3. |
Adun |
Pertang |
4. |
Daerah/Bahagian |
Jelebu |
5. |
Mukim |
Pertang |