mcmc
Laporan Aktiviti

Laporan November (4) – Advokasi SKMM, Dashboard Komuniti : Mesyuarat Program Jom Sihat Bersama Pi Pada 17.11.2018

Tarikh : 9 November 2018
Masa : 3.00 petang – 5.00 petang
Lokasi : Pusat Internet Felda Pasoh 4, Jelebu, Negeri Sembilan. .
Peserta : 17 orang

 

Tujuan :

Program ini merupakan sesi bersama seluruh wakil persatuan kampung dalam membincangkan keseluruhan tentatif program sempena program jom sihat bersama PI pada 17 November 2018 (Sabtu).Petugas juga turut menerangkan keseluruhan sistem dashboard komuniti dan bagaimana sistem ini berfungsi dalam membantu komuniti dari segi perhubungan, pemeriksaan tahap kesihatan dan pengumpulan semua produk setempat di Felda Pasoh 4. Sesi ini juga menggalakkan mereka untuk muat turun aplikasi mobile dashboard komuniti v3 bagi menjawap kuiz aplikasi dashboard komuniti. Petugas juga mendedahkan kepada mereka tentang celik ICT di bawah program advokasi SKMM melalui penerangan mengenai bahaya scammers yang kian berleluasa.

 

Kebaikan :

Mendidik mereka tentang celik ICT supaya mereka kekal positif ketika berada dalam talian. Membincangkan isu-isu tambahan dengan penerangan mengenai keseluruhan tentative program jom sihat bersama PI. 

 

Gambar Disini

____________________________________________________________________________________________