| Tarikh | : 18 Mei 2019 |
| Masa | : 9.00 pagi – 1.00 petang |
| Lokasi | : PI Felda Pasoh 4,Jelebu, Negeri Sembilan. |
| Peserta | : 20 orang |
Tujuan :
Program ini direka khas untuk pendedahan awal untuk kanak-kanak meminati penghasilan biskut dan memberi idea perniagaan melalui saluran internet dan Youtube. Program ini memberi peluang kepada mereka untuk menambah kemahiran pembuatan biskut semperit dan cara susunan di dalam bekas bagi mempelbagaikan sumber pendapatan mereka. Petugas juga mengambil peluang mendidik golongan ini tentang akibat perkongsian berlebihan di dalam media sosial. Setelah selesai kelas, memberi penerangan membuat penjualan menerusi my shop di dalam sistem dashboard.
Kebaikan :
Menarik Minat kanak-kanak bagi penghasilan biskut melalui saluran internet dan memberi idea dalam mempelbagaikan sumber meningkatkan pendapatan sampingan mereka menjelang musim perayaan