mcmc
Laporan Aktiviti

Laporan March (8) – Hari Bersama Komuniti Pusat Internet Felda Pasoh 4

Tarikh : 26 March 2019
Masa : 8.00 pagi – 6.00 petang
Lokasi : Pusat Internet Felda Pasoh 4, Jelebu, Negeri Sembilan. .
Peserta : 323 orang

 

Tujuan :

Menghebahkan kepada komuniti setempat teknik-teknik scammer/ penipuan kewangan yang berleluasa buat masa kini. Mendidik komuniti tentang teknik-teknik membentuk password dalam talian bagi mengelakkan pengodam cybers. Pelupusan sisa bahan eletronik melalui e-sisa / mobile e-waste. Bahaya perkenalan melalui media. Memperkenalkan sistem dashboard komuniti yang dibina khas untuk komuniti setempat. Membuka mata masyarakat mengenai kepentingan penjagaan gigi melalui pameran pergigian , saringan pergigian dan acara berus gigi beramai-ramai. Pengamalan amalan gaya hidup sihat dengan tai chi beramai-ramai, taklimat melalui taklimat doktor kesihatan Felda Pasoh 1 dengan tajuk  taklimat kesihatan hiv, hfmd, denggi, tb/    leprospirosis). Menjalankan ujian saringan penyakit tidak berjangkit melalui kolobrasi KOSPEN dan PI. Memuat naik produk usahawan melalui aplikasi myshop. Memberi peluang perniagaan kepada usahawan tempatan melalui 8 unit gerai usahawan. Menambah pengetahuan ICT dan promosi PI melalui kuiz roda impian. Menilai dari sudut kreatif komuniti setempat dengan gubahan pemakanan traditional dan penggunaan internet sebagai medium mencari idea gubahan makanan traditional bagi kelompok belia dan warga emas. Membuka mata masyarakat mengenai penyalahgunaan dadah yang kian meruncing dalam kalangan masyarakat felda. Menghebahkan fungsi KWSP dan I-Suri yang diwujudkan semenjak tahun 2018. Pendaftaran akaun KWSP, i akaun, i saraan, i suri, penamaan waris, semakan penyata melalui pameran KWSP. Pendaftaran haji, pembukaan buku baru tabung haji, pemeriksaan akaun tabung haji. Mengalakkan komuniti untuk menderma darah bagi membantu meningkat bekalan tabung darah yang kian berkurangan di pusat darah negara. Pameran kesedaran tentang proses pembiakan nyamuk aedes penyebab denggi. Penerangan mengenai pinjaman keusahawanan MARA dan fungsi agensi MARA. Penerangan mengenai fungsi GIAT MARA sebagai institusi pendidikan lepasan SPM dan kursus yang ditawarkan. Menggalakkan mereka berkongsi mengenai kemeriahan program di laman sosial mereka dan meningkatkan like page pusat internet Felda Pasoh 4 dan menarik di jelebu. Menambah keahlian PI.

 

Kebaikan :

Program ini telah memanfaatkan seramai 323 orang peserta dan melibatkan 19 agensi kerajaan dan NGO. 

 

Gambar Disini