mcmc
Kisah Kejayaan

KISAH KEJAYAAN PERKHIDMATAN PINTAR : NADI X DILEA : PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN FATIHAH MELALUI NADI

Perkhidmatan Pintar: NADI X Dilea
 Nama: Nur Fatihah Syafiqah binti Mohd Faizal
 Umur: 16 Tahun
 Ahli: 2016

Fateha merupakan seorang pelajar yang rajin serta berdisiplin, walaupun tinggal bersama datuk dan nenek kerana ibu bapanya bekerja di bandar. Namun, sebelum ini beliau menghadapi kesukaran memahami beberapa subjek kerana sumber pembelajaran yang terhad dan hanya bergantung kepada buku teks serta tunjuk ajar di sekolah.

Situasi tersebut berubah selepas penglibatan Fateha dalam program NADI x Dilea yang menyediakan kelas tuisyen percuma serta pelbagai bahan pembelajaran digital seperti PDF, video interaktif dan kuiz atas talian. Melalui platform ini, pembelajaran menjadi lebih sistematik, menarik dan mudah difahami. Sistem maklum balas segera turut membantu Fateha mengenal pasti kelemahan dan memperbaiki kesilapan dengan lebih cepat.

Kini, Fateha menunjukkan peningkatan kefahaman, keyakinan diri dan motivasi yang lebih tinggi dalam pembelajaran hasil manfaat program NADI.