KEUSAHAWANAN 2 : 3RD QUARTER JULAI – SEPTEMBER 2017
|
Spa, Sauna dan Facial |
|
| Nama | : Siti Noor Alzaazizah Binti Bukari |
| Umur | : 32 |
| Ahli | : 2017 |
Bentuk perniagaan :
Pembukaan perawatan spa,sauna dan facial di rumah.
Latar belakang :
Memiliki pengalaman selama 3 tahun bekerja di kedai spa kecantikan, ibu kepada 2 orang anak ini nekad untuk membuka spa sendiri. Namun begitu, beliau mempunyai kekangan dalam bidang promosi dalam talian dan peralatan spa untuk memulakan perniagaan.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI :
Sebelum menceburkan diri di dalam promosi atas talian, beliau hanyalah surirumah biasa yang menjaga 2 orang anak dan tidak tahu mengaplikasikan kemahiran yang dimilikinya.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI :
Menyedari hal ini, beliau sering hadir ke pusat internet dan ke kelas keusahawanan yang dijalankan setiap bulan. Atas dorongan petugas Pi1M, beliau telah dididik untuk menggunakan Microsoft Word untuk memohon bantuan kepada Yang Berhormat ADUN Kawasan Pertang iaitu Dato’ Haji Jalalludin bin Haji Alias. Bermula daripada bantuan YB dan titik tolak menggunakan Pi1M sebagai tapak pembelajaran, hasilnya kini beliau berjaya membuka spa di rumah. Pendapatan Puan Azrah telah meningkat daripada tidak mempunyai pendapatan kepada RM 500.00 setiap bulan untuk permulaan.
____________________________________________________________________________________________