KEUSAHAWANAN 1 : 4TH QUARTER OCTOBER-DECEMBER 2017

Kisah Kejayaan | 24 April 2018
Agent Drobship barangan DMS dan DYXY.
Nama : Siti Hajar bin Mohamad
Umur : 31 Tahun
Lokasi : PI1M Felda Pasoh 4,Jelebu, Negeri Sembilan.
Ahli : 2017

 

Bentuk perniagaan :
Agent Drobship barangan DMS dan DYXY.
 
Latar belakang :
   Ibu kepada 2 orang anak ini merupakan seorang surirumah sepenuh masa. Melihat potensi berniaga atas talian kini meledak di pasaran dengan jualan barangan kosmetik, beliau turut mengambil peluang ini bagi menambah pendapatan untuk membantu meringankan beban suaminya dalam menangani kos sara hidup yang kian meningkat. 
 
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI :    
Sebelum menceburkan diri di dalam perniagaan atas talian, beliau hanya surirumah sepenuh masa.
 
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI :
        Menyedari hal ini, beliau sering hadir ke pusat internet dan ke kelas keusahawanan yang dijalankan setiap bulan. Beliau dididik tentang tatacara mempromosikan produk dan berjinak-jinak di dalam dunia perniagaan dalam talian atau di kenali sebagai ‘agent drobship’. Beliau juga telah dididik mengenai perbankan atas talian bagi memudahkan beliau untuk membuat pengurusan ‘online banking’. Hasilnya, pendapatan bulanan beliau meningkat dari masa ke semasa dan dapat membantu suami beliau untuk menampung kos sara hidup yang tinggi pada masa sekarang. Anggaran purata pendapatan jualan ‘agent drobship’ ialah antara RM300.00-RM500.00 berbanding dahulu yang hanya bergantung pada sumber pendapatan suaminya yang hanya bekerja kampung.
 

____________________________________________________________________________________________