|
Make Up Alley’ atau dikenali sebagai MUA |
|
| Nama | : Maisyarah Binti Ishak |
| Umur | : 30 |
| Ahli | : 2017 |
Bentuk perniagaan :
Make Up Alley’ atau dikenali sebagai MUA. MUA dalam bahasa mudah ialah kerjaya di dalam bidang ‘make-up’ termasuk ‘make-up’ untuk pengantin, dinner dan sebagainya. Bidang kerjaya ini telah bermula semenjak 5 tahun yang lepas. Mempunyai pengalaman yang luas mengenai bidang solekan, kini Puan Sara giat menabur ilmunya dalam bidang ini kepada pendatang baru.
Latar belakang :
Berkecimpung selama 5 tahun dalam bidang solekan membuatkan Puan Sara mula untuk mendidik pendatang-pendatang baru dalam bidang solekan.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI :
Sebelum ini beliau hanyalah mencuba bidang solekan hanya untuk diri sendiri dan pelanggan beliau hanyalah sekitar komuniti Felda Pasoh 4.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI :
Menyedari kewujudan Pusat Internet di kawasan perkampungan beliau telah hadir ke kelas-kelas keusahawanan bagi meningkatkan jumlah pelanggan di seluruh Negeri Sembilan. Hasil daripada promosi di media sosial, jumlah pelanggan untuk tempahan solekan pengantin semakin meningkat.
Selain itu, Puan Sara juga giat menjalankan kelas asas solekan bertujuan melatih pendatang baru dengan yuran yang sangat minima. Permintaan kelas ini amat memberansangkan berdasarkan promosi yang dijalankan di media sosial.
Kini, anggaran pendapatan Puan Sara meningkat daripada tiada pendapatan kepada RM 1 000 sebulan. Selain itu, Puan Sara juga telah berhasil mewujudkan peluang kepada surirumah biasa untuk belajar mengenai asas solekan yang membolehkan mereka untuk mencari pendapatan sendiri.
____________________________________________________________________________________________