Q2 Celik It 2018 : Normah Binti Abdullah

Kisah Kejayaan | 17 August 2018
Guru Pusat Literasi Keluarga yang mahir menggunakan asas komputer dan asas internet. 
Nama Normah Binti Abdullah
Umur : 66 Tahun
Lokasi : Pusat Internet Felda Pasoh 4,Jelebu, Negeri Sembilan.
Ahli : 2014
 
 
Bentuk perniagaan :
Guru Pusat Literasi Keluarga yang mahir menggunakan asas komputer dan asas internet. 
 
Latar belakang :
Puan Normah merupakan salah seorang guru di Pusat Literasi Keluarga di Felda Pasoh 4. Sebagai guru banyak perkara yang memerlukan kepakaran dalam bidang asas penggunaan komputer bagi tujuan pembelajaran kepada anak muridnya.
 
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI :
Bagi melaksanakan tanggungjawab, keperluan ICT amat penting bagi melaksanakan tugasnya. Menyedari hal ini, Puan Normah giat datang ke Pusat Internet Felda Pasoh 4 bagi sesi kelas warga emas setiap hari Khamis untuk mempelajari asas penggunaan komputer dan asas internet.
 
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI :
    Setelah mengikuti kelas ICT yang dijalankan bermula April hingga June 2018 , beliau mahir dalam penggunaan asas komputer dan video learning melalui saluran Youtube bagi menjalankan tugasannya sebagai seorang guru. Setiap pelajar yang dididik berusia lingkungan 3 hingga 4 tahun, terdedah kepada penggunaan teknologi maklumat selaras dengan kehendak kerajaan pada masa kini.