CELIK IT / KOMUNITI PINTAR : 4TH QUARTER OCTOBER-DECEMBER 2017

Kisah Kejayaan | 17 March 2018

Celik It / Komuniti Pintar

Nama : Hj Mohd Ali Bin Bahari
Umur : 68
Ahli : 2014
 

Bentuk perniagaan :

Bendahari Masjid Ehsaniah Felda Pasoh 4 yang mahir penggunaan komputer terutamanya dalam mengemaskini akaun persatuan dengan menggunakan Microsoft Excel. 

Latar belakang :

      Encik Hj Ali  merupakan bendahari bagi persatuan Masjid Ehsaniah Felda Pasoh 4 dan merupakan peneroka dalam perkampungan ini. Sebelum ini, beliau hanya mengemaskini akaun syarikat di dalam buku log yang menjadikan akaun persatuan tidak kemas dan teratur. Atas pendekatan yang dijalankan oleh petugas iaitu menjalankan kelas warga emas setiap hari rabu pagi, beliau telah mahir dalam penggunaan Microsoft Excel. Kini beliau hanya menggunakan formula-formula di dalam Microsoft Excel bagi mengemaskini akaun persatuan.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI :

     Bagi melaksanakan tanggungjawabnya, keperluan ICT terutamanya pengurusan akaun persatuan dan minit mesyuarat amat penting di dalam tugasnya. Semenjak bulan September hingga kini, beliau sangat aktif dalam menghadirkan diri ke kelas yang di laksanakan setiap minggu bagi kategori warga emas.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI :

     Setelah mengikuti kelas ICT yang dijalankan setiap minggu , beliau boleh berdikari dalam menyelesaikan tugasan yang melibatkan ICT seperti membuat minit mesyuarat (Microsoft Word), mengemaskini akaun persatuan dan mahir dalam melayari Internet dalam mencari maklumat-maklumat terkini