Q1 Celik It 2018 : Muhammad Fakhri bin Abdul Aziz

Kisah Kejayaan | 9 July 2018
AJK Persatuan Belia yang mahir Adobe Photoshope CS6 
Nama : Muhammad  Fakhri bin Abdul Aziz
Umur : 25 Tahun
Lokasi : Pusat Internet Felda Pasoh 4,Jelebu, Negeri Sembilan.
Ahli : 2014
 
Bentuk perniagaan :
AJK Persatuan Belia yang mahir Adobe Photoshope CS6 
 

Latar belakang :

     Encik Fakhri merupakan AJK Persatuan Belia di Felda Pasoh 4. Sebagai AJK persatuan banyak perkara yang memerlukan kepakaran dalam bidang suntingan imej dan penyediaan kertas kerja untuk persatuan.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI :

Bagi melaksanakan tanggungjawab, keperluan ICT amat penting bagi melaksanakan tugasnya. Menyedari hal ini, Encik Fakhri giat datang ke Pusat Internet Felda Pasoh 4 bagi mempelajari asas suntingan imej menggunakan Adobe Photoshope CS6 dan asas penyediaan kertas kerja. 

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI :

     Setelah mengikuti kelas ICT yang dijalankan bermula Januari hingga March 2018 , beliau boleh berdikari dalam menyelesaikan tugasan yang melibatkan ICT seperti membuat kertas kerja (Microsoft Word), mereka cipta banting, banner dan pamplet dengan menggunakan Adobe Photoshop CS 6 untuk tujuan mempromosikan setiap program yang dijalankan oleh persatuan belia Felda Pasoh 4.