mcmc
Maklumat Am

BAHAYA JERAT SINDIKET KELDAI AKAUN!!

Keldai akaun adalah merujuk kepada individu yang dengan rela atau tanpa paksaan membenarkan akaun bank miliknya digunakan oleh individu lain dan tanpa sedar akaun bank tersebut kemudiannya digunakan bagi tujuan jenayah.

Keldai akaun biasanya akan…

1. SERAH akaun bank miliknya kepada kenalan untuk diberi pinjam atau kepada Ahlong sebagai cagaran untuk pinjaman wang.

2. SEWA/JUAL akaun bank kepada pihak tidak dikenali dan menerima bayaran.

3. Ditawarkan KERJA untuk membuat transaksi wang dari akaun mereka sendiri ke akaun lain serta menerima bayaran komisen bagi setiap transaksi yang dibuat.

INGAT!! Keldai akaun boleh ditangkap dan didakwa!

JANGAN TERPEDAYA dengan tawaran sindiket akaun keldai.

KAYA SEKEJAP, MERANA BERPANJANGAN.

Jika masyarakat sedar akan risiko menyerahkan akaun bank kepada orang lain dan risiko menjadi keldai akaun, pasti scammer dah tak ada akaun keldai untuk digunakan.

No mule account, no scammer!

Sumber: Cyber Crime Alert Royal Malaysia Police