Nasihat Penting: Orang ramai diingatkan agar berwaspada terhadap tawaran pinjaman wang yang disebarkan melalui platform seperti Facebook, Instagram, TikTok, WhatsApp, atau Telegram, terutamanya jika tawaran itu kelihatan terlalu mudah dan tidak masuk akal.
Maklumat Am
19 February 2026
Modus Operandi Penipu:
Penyamaran – Penipu sering menyamar sebagai syarikat kewangan, koperasi, atau bank.
Bayaran Pendahuluan – Mereka akan meminta wang pendahuluan atas alasan seperti Yuran proses, Duti setem, Insurans pinjaman
Menghilang – Selepas bayaran dibuat, ‘pemberi pinjaman’ akan terus menghilangkan diri, dan mangsa tidak menerima sebarang wang pinjaman.
Peringatan Penting:
Pinjaman sah TIDAK memerlukan bayaran pendahuluan.
Amalkan Konsep 3S untuk Melindungi Diri Anda:
Soal kesahihan maklumat yang disampaikan sebelum bertindak.
Sekat diri daripada berkongsi maklumat peribadi dan perbankan anda.
Sebar dan kongsikan modus operandi bersama pihak berkuasa dan rakan-rakan.
Sekiranya Anda Menjadi Mangsa:
Hubungi hotline bank anda untuk menghentikan transaksi mencurigakan.
Laporkan kepada Pusat Respons Penipuan Kebangsaan (NSRC) di talian 997.
Buat laporan polis untuk tindakan lanjut.
AWAS! PENIPUAN PINJAMAN TIDAK WUJUD DI MEDIA SOSIAL
