KEUSAHAWANAN 2 : 4TH QUARTER OCTOBER-DECEMBER 2017
| Pengedar produk Women Desire Essential Cream (WDEC) | |
| Nama | : Haziratul Binti Khamis |
| Umur | : 27 Tahun |
| Lokasi | : PI1M Felda Pasoh 4,Jelebu, Negeri Sembilan. |
| Ahli | : 2015 |
Bentuk perniagaan :
Pengedar produk Women Desire Essential Cream (WDEC) atau dikenali sebagai krim bioteknologi nano yang membantu meperbaiki kulit daripada dalaman dan membantu menghapuskan toksin dari dalaman melalui sapuan di nadi-nadi utama.
Latar belakang :
Berkerjaya sebagai pengurus di Pusat Internet 1Malaysia di Felda Pasoh 4 memberi banyak peluang kepada beliau untuk mencari idea permulaan perniagaan beliau. Pemilihan perniagaan ini disebabkan penggunaan secara konsisten yang memberikan impak yang besar kepada diri sendiri yang membuatkan petugas menjadi pengedar dan menjana pendapatan sampingan sendiri.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI :
Sebelum ini beliau hanyalah petugas di Pusat Internet 1Malaysia yang hanya bergantung pada pendapatan bulanan. Menyedari pelbagai ilmu yang telah dicurahkan untuk membantu komuniti setempat, beliau telah memanfaatkan ilmu tersebut kepada diri sendiri.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI :
Berbekalkan latihan keusahawanan yang diberi oleh pihak ibu pejabat telah dimanfaatkan sebaik mungkin dalam mempromosikan produk perniagaan yang kian menjadi buah mulut pecinta kecantikan terutamanya wanita. Semenjak menjadi pengedar bagi produk ini, tempahan terhadap produk ini tidak putus setiap bulan yang mampu menjana pendapatan sampingan lumayan kepada petugas.
Hasilnya, beliau mampu menjana pendapatan sampingan sebanyak RM 1000.00 sebulan mengikut tempahan yang diterimanya.
____________________________________________________________________________________________